Dasar kuki

Laman web ini (“Platform”) serta sebarang laman dan aplikasi mudah alih yang berkaitan dengan Platform menggunakan kuki untuk tujuan yang diterangkan dalam dasar ini. ETrawler Unlimited Company, t/a CarTrawler, dengan pejabat berdaftarnya ialah Classon House, Dundrum Business Park, Dundrum, Dublin 14, adalah pemilik dan operator Platform (“kita” atau “kami”).

KUKI

Kuki ialah fail teks kecil yang disimpan dalam peranti anda (contohnya, telefon anda atau komputer anda) yang mengumpul maklumat setiap kali anda melawat Platform dan laman web tertentu dalamnya. Kuki ialah fail kecil dengan huruf dan nombor yang kami simpan pada pelayar anda atau pemacu keras peranti anda jika anda bersetuju. Kuki mengandungi maklumat yang dipindahkan ke cakera keras komputer anda. Sesetengah kuki mengumpul data peribadi.

Kuki membolehkan kami mengesan kereta yang anda tempah dan mengingatkan anda apabila anda kembali ke Platform kami dan juga mengingatkan anda untuk melengkapkan tempahan anda. Platform kami menggunakan kuki untuk membezakan anda daripada penguna lain di laman web kami. Ia juga membantu kami memastikan Platform dipaparkan dengan cara yang paling baik untuk anda dan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan individu. Kuki membantu kami untuk mengingati butiran lawatan anda ke Platform, termasuk tetapi tidak terhad kepada, maklumat teknikal mengenai lawatan anda seperti alamat IP anda, bahasa pelayar, laman web yang anda capai sebelum anda melawati ke Platform dan jenis pelayar yang anda gunakan, domain, bilangan dan masa lawatan. Kuki juga membantu kami untuk memastikan iklan yang anda lihat dalam talian lebih relevan dengan anda dan minat anda. Kami juga menggunakan kuki untuk memantau lalu lintas Platform kami dan untuk menganalisis permintaan pengguna.

Kami tidak menyimpan maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi, termasuk butiran kad kredit, dalam kuki yang kami buat, tetapi kami menggunakan maklumat tersulit yang dikumpulkan daripada kuki untuk membantu meningkatkan pengalaman pengguna laman web ini. Sebagai contoh, kuki membantu kami mengenal pasti dan menyelesaikan kesilapan.

KUKI SESI DAN BERTERUSAN

Kami mungkin meletakkan kuki pada peranti anda melalui Platform. Berikut ialah senarai kuki utama (sesi dan berterusan) yang kami gunakan dan tujuan kami gunakannya.

ms-cookie-policy

Melainkan untuk kuki Diperlukan Secara Tegas, semua kuki akan tamat tempoh selepas 30 hari.

KUKI PIHAK KETIGA

Apabila anda melawat halaman yang mengandungi kandungan terbenam, contohnya dari YouTube, anda mungkin dihantar kuki dari laman web ini. Kami tidak mengawal tetapan kuki ini, jadi kami mencadangkan anda menyemak laman web pihak ketiga untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kuki mereka dan cara menguruskannya.

Beberapa kuki pihak ketiga yang digunakan adalah kuki “analisis”. Ia membenarkan kami mengenali dan mengira bilangan pelawat dan melihat cara pelawat bergerak di sekitar Platform apabila menggunakannya. Ini membantu kami memperbaiki cara Platform kami berfungsi, contohnya dengan memastikan pengguna mencari perkara yang mereka cari dengan mudah.

Kuki pihak ketiga berhubung dengan pengiklanan yang disasarkan boleh ditetapkan apabila anda melawat Platform. Tujuan iklan sepanduk adalah untuk menyediakan anda dengan pelbagai produk berdasarkan perkara yang anda lihat di laman web kami, yang disampaikan kepada anda apabila anda melawat laman web terpilih yang lain. Iklan mungkin menyerlahkan tawaran yang dianggap relevan dengan sejarah penyemakan imbas anda. Teknologi di sebalik beberapa iklan ini berdasarkan kuki.

MENGURUS DAN AND MENYAHDAYAKAN KUKI

Apabila anda mula-mula melawat Platform, kami akan meminta anda supaya membenarkan kami menggunakan kuki. Anda boleh menyekat kuki dengan mengaktifkan tetapan pada pelayar anda yang membolehkan anda menolak tetapan semua atau sesetengah kuki. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan tetapan pelayar anda untuk menyekat semua kuki (termasuk kuki yang sangat diperlukan), anda mungkin tidak dapat mengakses semua atau sebahagian Platform kami.

Bagi menempah kereta di Platform kami, anda perlu mengaktifkan kuki tertentu. Sekiranya anda tidak mahu mengaktifkan kuki yang berkaitan dengan tempahan, anda masih dapat melayari Platform, tetapi sebahagian Platform mungkin tidak berfungsi seperti dimaksudkan atau sama sekali. Kebanyakan pelayar web mempunyai kuki yang didayakan, tetapi sila lihat di bawah untuk membantu menghidupkannya sekiranya anda perlu.

Untuk mendayakan kuki

Bagi mengetahui jenis dan versi pelayar web yang anda gunakan untuk mengakses Internet:
Untuk PC: klik pada 'Bantuan' di bahagian atas tetingkap pelayar anda dan pilih pilihan 'Perihal'
Untuk Mac: dengan tetingkap pelayar terbuka, klik pada menu Apple dan pilih pilihan 'Perihal'
Cara untuk menyemak kuki diaktifkan untuk PC

Google Chrome

  1. Klik pada 'Alat' di bahagian atas tetingkap pelayar anda dan kemudian klik Pilihan
  2. Klik tab 'Di bawah Hud', cari bahagian 'Privasi', dan klik butang 'Tetapan kandungan'
  3. Sekarang pilih 'Benarkan data setempat ditetapkan'

Microsoft Internet Explorer 6.0, 7.0, 8.0

  1. Klik pada 'Alat' di bahagian atas tetingkap pelayar anda dan klik 'Pilihan Internet', kemudian klik pada tab 'Privasi'
  2. Pastikan tahap Privasi anda ditetapkan kepada Sederhana atau lebih rendah, yang akan membolehkan kuki di pelayar anda
  3. Tetapan Sederhana ke atas akan menyahdayakan kuki

Mozilla Firefox

  1. Klik pada 'Alat' di bahagian atas tetingkap pelayar anda dan pilih Pilihan
  2. Kemudian klik ikon Privasi
  3. Klik pada Kuki, kemudian pilih 'benarkan laman untuk menetapkan kuki'

Safari

  1. Klik pada ikon Kog di bahagian atas tetingkap pelayar anda dan pilih pilihan 'Keutamaan'
  2. Klik pada 'Keselamatan', semak pilihan yang menyatakan 'Sekat kuki pihak ketiga dan pengiklanan'
  3. Klik 'Simpan'

Opera

  1. Klik pada 'Menu' di bahagian atas tetingkap pelayar anda dan pilih 'Tetapan'
  2. Kemudian pilih 'Keutamaan', pilih tab 'Lanjutan'
  3. Kemudian pilih pilihan 'Terima kuki'

Safari pada OSX

  1. Klik pada 'Safari' di bahagian atas tetingkap pelayar anda dan pilih pilihan 'Keutamaan'
  2. Klik pada 'Keselamatan' kemudian 'Terima kuki'
  3. Pilih 'Hanya dari tapak yang anda lawati'

Semua pelayar lain

Sila semak dokumentasi anda atau fail bantuan dalam talian anda.

Maklumat lanjut mengenai kuki

Sekiranya anda ingin mempelajari lebih lanjut mengenai kuki secara umum dan cara untuk mengurusnya, layari www.aboutcookies.org (buka dalam tetingkap baru - sila ambil perhatian kami tidak bertanggungjawab atau menanggung sebarang perkara terhadap kandungan laman web luaran).

PRIVASI ANDA

Sila pastikan sebarang data peribadi yang dikumpulkan daripada penggunaan kuki kami akan dikendalikan mengikut Dasar Privasi kami.

PERUBAHAN PADA DASAR KUKI INI

Kami boleh meminda Dasar Kuki ini apabila perubahan material dibuat. Oleh itu, sila semak semula di sini untuk mendapatkan sebarang kemas kini.

Updated at: Mon, 29 Jan 2024 16:16:20 GMT